Soalan :
Apabila ahli sunnah wal jamaah amat mengingkari jalur-jalur yg menyelisihi al-kitab dan sunnah dan tidak redha dengan apa apa pemikiran yang keluar dari ukuran (prinsip ahli sunnah) , apakah cara yang betul yang mesti dilalui oleh umat islam agar mereka ( berjaya mengelakkan lubang-lubangnya dan menjadi mangsanya – rakaman tak jelas). Dari mana kami perlu mulakan?
Jawapan Syaikh Muqbil رحمه الله ش :
Jalan yang benar ialah merujuk kepada ulama, ulama sunnah…bukan ulama jahat. Sesungguhnya Allah عز وجل berfirman di dalam kitabNya yg mulia :
Dan Allah سبحانه وتعالى berfirman :
Firman Allah سبحانه وتعالى di dalam kitabNya yang mulia tentang qarun ketika mana dia keluar dengan perhiasannya :
Apa dia? Ulama, merekalah yg meletakkan sesuatu pada tempatnya. Wajib ke atas pemerintah rujuk kepada ulama. Wajib ke atas pegawai-pegawai rujuk kepada ulama. Akan tetapi kita jangan ditipu oleh individu hizbi atau individu yang terkesan dengan pemikiran hizbiyyah, kemudian dia kata rujuklah kepadanya…rujuk kepada ulama (yang arif tentang) Al-Quran dan Sunnah, yang mengambil berat urusan umat Islam. Hanya Allah tempat meminta tolong.
Suntingan audio dan terjemahan dengan olahan
tanpa mengubah makna: Zulhizam Ibnu Hashim
Link to this post:
<a href="https://dengarsunnah.my/video/1144/">Dalil Merujuk Kepada Ulama</a>